♥ inspirational ♥

Enjoy the moment
Yesterday is gone,
Never to be experienced again;
Tomorrow is uncertain,
A candle that burns unseen.
The present alone can be lived:
Do not seek to borrow from yesterday’s joy,
Nor entrust your happiness to tomorrow’s hands.

Text

"Jadikanku Seindah Wanita Solehah"

♥ lets exchange your link with me ♥

heartbeat

♥ my luvly followers (thanks yar u all) ♥


♥ kita bersama ♥

Daisypath Anniversary tickers

malu itu penting



.. Bismillahirrahmanirrahim ..

.. assalamualaikum ..

.. halu jejaka kacak, gadis comel ..
.. sejak akhir-akhir nie, cik fadz selalu sangat bermuhasabah ..
.. dah macam satu petanda dalam hidup cik fadz kot ..
.. mungkin sinar itu akan hadir ..
.. insyaAllah ..
.. wah agak berbunga-bunga ayat cik fadz ..
.. jom baca celoteh cik fadz kejap noh ..
.. pandangan peribadi yang tak dituju pada mana-mana individu ..



*****

Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya:
"Nabi s.a.w lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu." 
Maka sabda rasulullah s.a.w kepadanya:
"Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman."
(Bukhari)

.. melihat dunia sekarang yang dah banyak pincangnya ..
.. melihat muda mudi yang sekarang bebas melakukan apa saja ..
.. bebas tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan sendiri ..
.. bukan salah sesiapa ..
.. sebenarnya rasa dan perasaan MALU tue dah takda ..
takda rasa MALU dalam berpakaian ..
.. takda rasa  MALU dalam perhubungan yang belum halal ..
.. takda rasa MALU dalam hidup kita seharian ..
.. kita tak rasa langsung malu dengan perbuatan kita ..
.. kita rasa kita hebat bila orang puji kecantikan kita ..
.. sedangkan kecantikan tue hanya untuk tatapan si dia yang berhak ..
.. kita tanpa sedar, tanpa segan silu membenarkan orang lain tengok ..
.. kita rasa hebat bila kita dah ada pasangan ..
.. ya bagus kalau si dia halal untuk kita ..
.. bila fikir-fikir balik, cik fadz sendiri pun sama ja ..
.. kita semua tak lari dari ujian dan dugaan duniawi ..
.. cuma yang membezakan kita sesama individu adalah pemikiran dan tindakan kita dalam menghadapi situasi tue ..
.. tak semestinya orang bijak pandai sebijak pemikiran dan tindakan mereka ..
.. apapun, realitinya adalah ..
.. individu itu sendiri menentukan hala tuju masing-masing ..
.. jika jiwa individu itu terarah kepada kebaikan, 
maka perkara baiklah yang akan dia lakukan ..
.. jika jiwa individu itu terarah pada keburukan, 
takda lain selain keburukan yang dia hampiri ..
.. setiap perbuatan kita, kita sendiri yang tentukan ..
.. jangan salahkan orang lain ..
.. jangan cakap orang lain mempengaruhi kita ..
.. ya mungkin pengaruh sekelilingi menyumbang ..
.. tapi, cuba fikir ..
.. kalau kita cakap TIDAK, takkan jadikan? ..
.. tepu dada tanya iman la ..



Diriwayatkan dari Abdillah ibni Mas’ud r.a. ia berkata, Rasulullah telah bersabda pada suatu hari : “Milikilah rasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya.! Kami (para sahabat) berkata: Wahai rasulullah sesungguhnya kami alhamdulillah telah memiliki rasa malu. Rasulullah bersabda: “ Bukan sekadar itu akan tetapi barangsiapa yang malu dari Allah dengan sesungguhnya, hendaknya menjaga kepalanya dan apa yang ada di dalamnya, hendaknya ia menjaga perutnya dan apa yang di dalamnya, hendaknya ia mengingat mati dan hari kehancuran. Dan barangsiapa menginginkan akhirat ia akan meninggalkan hiasan dunia . Barang siapa yang mengerjakan itu semua bererti ia telah merasa malu kepada Allah dengan sesungguhnya.
(Musnad Ahmad)

.. okey dengar kata hari nie 14Feb ada satu event eh? ..
.. apa ka namanya ntah ..
.. hari kekasih? ..
.. Valentine? ..
.. oh tidakkk ..
.. cik fadz Muslim ..
.. orang Muslim diharamkan sambut ya ..
.. cik fadz terbaca satu status nie dekat page kawan cik fadz ..
.. katanya, ..
Jika anda meniduri kekasih pada 14hb febuari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 21hb Mac (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia) jika di lihat pada aspek perubatan..anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb disember(hari Aids sedunia)

.. renung-renungkan ..
.. pastikan rasa malu itu ada ya ..
.. sumbangan gambar, ILUVISLAM ..


nota kaki : rasa malu tue haruslah pada tempat yang sepatutnya. jangan letak rasa malu dalam hal ilmu, menyatakan kebenaran dan hal amal makruf nahi mungkar :)

2 comment received:

makcik said...

malu nk komen la.. hehe.. gurau je.. betol tu.. skong sgt bab malu ni.. :)

FadzMeera said...

@makcik

aip, jgn malu2 nak komen makcik...mna nak tau boleh baiki mana2 tak betul kn :)

nuff

My Best Day

Daisypath Graduation tickers

We are Together

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
We met it was Luck! We talked it was CHANCE! We became friends it was DESTINY! We are still friends it is FAITH! We will always be friends its a PROMISE!

PERHATIAN

Ini adalah laman web peribadi. Semua kandungan adalah benar-benar kepunyaan pemilik kecuali dinyatakan sumbernya. Mana-mana idea-idea dan isu-isu adalah berdasarkan kepada pandangan peribadi pemilik. Terima Kasih