♥ inspirational ♥

Enjoy the moment
Yesterday is gone,
Never to be experienced again;
Tomorrow is uncertain,
A candle that burns unseen.
The present alone can be lived:
Do not seek to borrow from yesterday’s joy,
Nor entrust your happiness to tomorrow’s hands.

Text

"Jadikanku Seindah Wanita Solehah"

♥ lets exchange your link with me ♥

heartbeat

♥ my luvly followers (thanks yar u all) ♥

♥ kita bersama ♥

Daisypath Anniversary tickers

..newest collection..

.. jeng jeng..
.. akhirnya dpt jgk brg yg akue tggu ..
.. ptg td p amek ..
.. yahuu ..
.. yayang anna, thnx yar teman'n ptg td ..
 

......tidaklah kamu hidup di dunia ini melainkan satu atau setengah hari sahaja.....

..Apa Sudah Jadi ?..

bukan nak mengata atau mengutuk..
tp nie adalah utk kt sm2 muhasabah diri..
(termasuk diri akue sendiri, akue cuba perbaiki segala kekurangan diri)
tiba2 masa dok termenung kat kat tingkap, t'fikir menda nih...
segala kritikan boleh diberi yar..

Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman 
 

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?. 

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, 
dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. 

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu"  (Riwayat Muslim)
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)


SEMUA ORG TAK SEMPURNA, SENTIASA DIKRITIK DAN MENGKRITIK UTK KEBAIKAN..TEPUK DADA TANYA SELERA IMAN ANDA..

HOPE AKUE DIBERI PETUNJUK ILLAHI UTK MENJADI LEBIH BAIK DAN LEBIH BAIK..AMIN

 





..3rd Night (3 Nights for Ladies)..

.. sume slot utk program nie b'jaya akue selesaikan ..
.. alhmdulillah sume b'jalan lancar ..
.. walaupon ada kekurangannya ..
(biasalah..menda apa yg xda kurang kan..)
.. yg kurang tue drp kita & yg baik itue hanyalah drp DIA ..
.. hope program mcm nie ada lg next sem ..
(pengisian kn mantop kn lg lah yar)

~SISWI USM BOLEH~




p'tunjukan p'bukaan oleh p'satuan silat USM


calon-calon pertunjukan fesyen
da winner agk korg sapew?...

.. done my tutorial question for dis early munink ..

MORNING u all..
pg nie, bgun subuh x tdow blik..(cayalah...mata nie x ngntok walaupon smlm tdow lmbt)
so, da alang2 x leh nk tdow tue, baek akue bangun, mandi, SOLAT, basuh baju n settle my tutorial..
pas siap tue baru best nak main2, hanging out kew..
ye la dis week akue kn x balik ghumah..
so agk buhsan kalu stay kat hostel jew..


.. tutorial chapter 3 & 4 ..



.. table yg sgt2 penting untok akue ..
.. indahnya chemistry nie ..

 ~Chemistry~
The study of the compositions of substances and the ways by which their properties are related to their compositions.

..2nd Night (3 Nights for Ladies)..

.. satu lagi talk settle mlm nih ..
.. mlm nie topic kesihatan ..
.. WANITA DAN KANSER..
.. oleh DR NORHAYATI KASIM ..
.. Pegawai Perubatan, Hosp Pulau Pinang ..
.. best. byk jew soklan yg diutarakan ..
.. ya lah, kalu da msuk bab p'jagaan diri nih,
msti sume org tumpu punyew ..

.. sedikit info yg akue dpt pasal talk td ..

~ 1st : Kanser Payudara ~
.. Kanser payudara nie kanser yang paling biasa berlaku di kalangan kaum wanita ..
.. apa yang menyebabkan kanser nie still tak diketahui dengan tepat ..
.. kanser nie umumnya disebabkan perubahan genetik, kebanyakanlepas lahir ..
.. bleh jd faktor keturunan (t'utama keturunan sebelah ibu) ..

.. penyebab lain yang disahkan tetapi dengan kadar risiko rendah ..
- persekitaran (cara hidup, kedudukan sosial, makanan), 
- kegemukan semasa muda, 
- rawatan hormon, 
- tembakau, 
- alkohol. 
.. Cara paling baik untuk rawatan lengkap ...
- pemeriksaan sendiri payudara ..
- mamografi bilateral, sekali setiap tahun atau setiap 2 tahun selepas umur 40. Kemungkinan untuk mengesan tumor pada peringkat awal sebelum ia tersebar.
- ultrasound dinasihatkan.
- Petanda tumor diperlukan. 


~ 2nd Kanser Ovari ~

.. Kanser ovari adalah kanser wanita keempat ..

.. Wanita Asia kurang menghidap kanser ovari dibanding dengan bangsa Amerika . 
.. Ovulasi adalah risiko utama :
   - peningkatan umur;
   - ovulasi untuk wanita yang pernah mengandung beberapa kali.

.. Khasiat: kaitan antara lemak dan protin haiwan, dan juga peningkatan berat badan berlebihan ..
.. SIMPTOM: sakit pada pelvik-abdomen, bengkak pada abdomen, pendarahan bukan haid ..
.. Kanser ovari biasanya berkait dengan kanser lain dimana pengesanan perlu dibuat serentak: payudara, kolon, endometrium, servik ..
.. RAWATAN -  surgeri, kemoterapi, radioterapi, pengawasan dan rawatan berkala ..

.. pengunaan petanda tumor dapat membantu dalam pengesanan kanser ovari dan penimbulan semula kanser ini: untuk mengesan kanser ini CA125 bersama CEA diperlukan, jika CA19-9, AFP dan BHCG boleh didapati ia lagi berkesan .. 

~ 3rd : Kanser Rahim ~ 

.. Samada di serviks rahim (bahagian sempit) atau di bahagian akhir rahim .. (kanser mukosa/
  endometrium)..  

.. Atau di dalam rahim (kanser korpus) ..
.. Kebanyakannya pada wanita berumur lebih dari 50, tetapi kadang-kala lebih muda.

a) Kanser serviks: kurang kebersihan
- Kebersihan seks: ramai rakan seks (samada wanita punya atau rakannya) : kelakuan ini dapat merebak jangkitan, terutamanya virus (virus papilloma dan virus herpes).  
- merokok.

b) Kanser korpus: 
- tidak mengandung;
- obesiti;
- Tamosifen: mengambil ubat ini selepas menghidap kanser payudara meninggikan risiko kanser rahim.
Sebaliknya, pil kontraseptif mengurangkan risiko, bahkan 5 tahun selepas berhenti mengambil pil. Progesteron melindungi rahim.

.. SIMPTOM ..
- susah atau sakit semasa kencing;
- sakit pada bahagian abdomen;
- pendarahan:
- serviks: pendarahan vagina yang abnormal, semasa melakukan seks dan/atau pendarahan bukan masa haid.
- korpus: sedikit abnormal tetapi selalu mengeluarkan darah walaupun sesudah putus haid.
.. dikesan oleh ujian Pap: ujian ini mudah dilakukan oleh Doktor: spekulum diselit masuk ke vagina, spesimen dari mukosa, ujian oleh pakar patologi ..
.. so, nie PENCEGAHAN dia ..
- serviks : seks yang selamat: kondom digunakan untuk megurangkan risiko; Ujian Pap yang sistematik :
dijalankan pada umur  20, 21, kemudian setiap 3 tahun. Ujian ini tidak perlu selepas umur 55 (dengan keadaan dimana ujian ini selalu dilakukan pada tahun yang lebih dahulu !)
- korpus: lakukan pemeriksaan klinikal dengan segera jika ada sebarang pendarahan.
- jalankan ujian petanda tumor.

Kanser dapat dikesan 
Lakukannya SEKARANG!!!!

.. kesinambungan 1st night (3 Nights for Ladies)


Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku
oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna


Aku WANITA punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Aku WANITA aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku WANITA aku punya cinta
Selayaknya manusia

..1st Night (3 Nights for Ladies)..

.. ALHAMDULILLAH ..
.. da selesai 1 mlm program nih ..
.. ada lagi 2 mlm ..
.. by da way, mlm 1st punya pengisian bez giler ..
.. talk pasal WANITA HARI INI : PERANAN & CABARAN ..
.. by : Dato' Hjh Kamilia Dato' Ibrahim ..




.. nie sikit petikan sal topic nih ..

~SISWI xpecially, must hav responsibility to being a good brand of women~
~we must work for dis~
~we must hav a dream and try da bez to reach it~
~without dream, we like birds without wings~
~without strong stable nation, we can't~


~without dream, we like birds without wings~



.. MALAM nie, ada lagi talk ..
.. WANITA, KANSER DAN PARANOID ..
.. quite interesting ..
.. wajib p nih ..
.. talk sal kesihatan nie akue suker ..
.. nama pon budak BIOLOGY kn ..
.. da la smlm, x xpect lgsung dpt souviner bebear ..
.. sume org da kecoh gila...hahahahah ..
(walaupon bebear kue x dpt dikenalpasti binatang apew)


.. menda apa yew? conpius akue. mybe musang, mybe bear.tahla ..
.. nasib baek x dpt kucing itam yg garang tuh. kikikiki ..



.. my partner for that nights ..



..kesinambungan meeting..


huh..
BENGANG tol akue..
akue da p meeting tuh..(da sampai pon)
last2 cancel..
senget tol..
sabar ja lah akue nih..
last2, makan angin naik bus..
hahahaha...
                                     Aku bosan dengan janjimu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan pengorbananku
Aku fikir kau tak searus
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri
Ku tak sanggup engkau berjanji
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda padaku katamu
Chorus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa
Cukup berkali kau berjanji
                                   Jangan diulang lagi dusta
               Jangan kau pujuk hati yang tengah bengang
                      tak mungkin akan ku pergi lagi ke DUP
                                Jika janji sekadar mimpi

                        (sorry akim...have to change ur lyric)

..meeting time..


malam nie ada MEETING..
malas nk p coz jauh nk jalan..
tp apakan daya kena jgk p..
kalu x, cmna nk jalan program tuh..
(program bersama anak yatim)
nie every week baru skali meeting...
kalu da dekat ngan due date t, comfirm makin kerap nih..
huhuhuhu....layankan jew lah..
ok gak tue..
dpt kuar..xda la dok dlm bilik jah..
buhsan kot..







..Tafakur sejenak..

salah sorg jiran akue da meninggalkan dunia yg fana nih...
baru ja pagi smlm, akue sembang ngan arwah...
tak sangka dlm dok bergumbira tuh, dia da hampir ngan ajalnya...
sedih jgk la mlm akue p melawat tuh...
sume jiran2 akue t'kejut jgk la dgn p'khabaran tue...
nak wat cmna, ALLAH SWT lebih menyayangi arwah...
kita nie hanya pinjam arwah wat sementara wktu jah...
moga ALLAH SWT merahmati roh Mak Chaq,
di tempat'n dikalangan org2 beriman & b'amal soleh...
AL-FATIHAH


Kematian adalah haq, setelah kematian adalah alam barzakh, alam akhirat pertama, ia dikenal pula dengan alam kubur.



..Have a nice dream..



...Larut blm menyapa...
...ucapkan doa kala jiwamu masih percaya pd kuasaNya...
...moga indahnya sinar rembulan mnyapa...
...Have a nice dream...

..35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah..

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

pesan mama akue,..jgn tinggal solat, rajin baca Quran, usaha n tawakal



..Pesanan Imam Ghazali..



Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid 1 : orang tua
Murid 2 : guru
Murid 3 : teman
Murid 4 : kerabat
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI"
Sebab itu sudah janji ALLAH SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, 
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. 
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga 
maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini 
(meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

Kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : China
Murid 2 : bulan
Murid 3 : matahari
Murid 4 : bintang
Imam Ghazali menjelaskan bahawa
semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU".
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan
hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : gunung
Murid 2 : bumi
Murid 3 : matahari
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU"
Justeru nafsu yang menguasai diri,
menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan hati
yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran.
Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

Keempat: " Apa yang paling berat di dunia ini?
Murid 1 : baja
Murid 2 : besi
Murid 3 : gajah
Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

Kelima: " Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Murid 1 : kapas
Murid 2 : angin
Murid 3 : debu
Murid 4 : daun
Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini
adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Keenam: " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...
Benar kata Imam Ghozali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA".
Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

..terpendam..

YA ALLAH...
apa nk jd ngan hambaMU ini?..
akue terasa amat sensitif sejak akhir2 nih..
akue rasa x tenteram, sume yg akue buat ada ja yg x kena..
akue risau gila ngan stdy akue skrg nih..
ak takot kalu akue x capai target akue..
akue x nmpk apa yg akn jd hari depan..
BLURRR jew..
ditambah lak ngan problem childish..

YA ALLAH...
apa yg harus hambaMu ini lakukan...
Kau bantulah akue..
berilah akue petunjuk utk buat kputusan yg t'baik..
akue xnk kecewakan sumer org..
BANTULAH akuee.....
akue nk kecemerlanagn, kebahagiaan, keceriaan cam org len..
kalu bleh setiap hari, akue xnk tension2..
akue nk wat org tersenyum
walaupon akue sedih di dalam nihhh... (HATI)


..air mata peneman setia akue...

..Demam Boys Over Flowers..

Adoyaiii....
budak-budak nie sume da layan crita nih
akue yg awalnya x tgk movie nie, da lekat depan laptop
bez kot 
Goo Jun Pyo yg sengal tp encem
Ji Hoo yg cool (cam xda prasaan ja akue tgk)
Jan Di yg power tahap dewa
xtau bla nk abeh tgk crita nih
mana taknya, asal tgk 1 episode ja akue n my rumate t'tdo
smpai ke sudah x abeh2 lg (byk lak tue episode dia)



Nie synopsis BOYS OVER FLOWER yg akue cilok (hahhahahaha...skali skala)

This is a story of an average girl Jan Di who met the four richest
and most spoiled and powerful boys known as the F4. (Flower 4?!)
Jan Di who stands by her decision to fight the F4 due their bullying acts
became the only one who stood up to F4
specially with their leader Jun Pyo. (encem giler mamat nih)
Eventually, as Jan Di spends more time with F4
Jun Pyo develops feelings towards her
(macam2 cara dia wat nk pikat si Jan Di tue...
yg touchy sgt bla dia tunjuk HEART masa naik heli tue...cuwett sgt)
but Jan Di's eyes is into someone else.
But as Jan Di teaches Jun Pyo a lot of things
Jun Pyo also teaches Jan Di to learn to open herself to his love as well.
There are a lot of reasons to watch Boys over Flowers,
first the love story of Jan Di and Jun Pyo; its progress and the problems that they will encounter.
Plus the love story of Jan Di's best friend Ga Eul and one of the members of F4 Yi Jung.

..ketaksuban..

YA ALLAH apasal pelik jew bunyi title tuh?..
ya lah mana taknya,..

ptg td punya class, hampir2 akue nk burn...
(forgot maa)
class kol 4ptg, aku sedar da kol 3.30ptg..
mau x lompat akue..
ngan nak siap lg..
jalan lg..
amek masa sume tuh..
ya la, kalu lmbat duduk blkg la jawabnya 
(lemah ckit dok blkg nih, tdo ak karang..hahhaha)
tue la padahnya da dpt tenet nih..ahaks..ahaks..ahaks..
INTERNET..INTERNET..INTERNET..
pasni, xda la akue nk bertenggek atas katil org
(cik anna, kite da x lepak ats katil kamo t...
tp kn, bez la lepak skali...tgk movie pasni 2 t'tdo sama2)

..Life..




Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test limits of your soul. Without these small tests, life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere safe and comfortable but dull and utterly pointless.
"If you take your eyes off your goals, all you see is obstacles."

~Author Unknown~

..Hidup Normal..

Yahuuuuuuuu....
idup akue da back to normal
akue da dpt blik life akue
(tenet...cam important giler kn..yup mmg sgt very important k..:)
xleh sempurna idup kalu xda tenet la nihhh
so, pasni da bleh update blog akue nihhh....
PERCAYALAH!! (da mcm lagu Dato'Siti la plak..hikhikhik)



jgn jadi smpai cmni dah la

..Harapan utk tahun 2010..

1) Dimurahkan rezeki, diberi kecihatan yg baik, diberi kebahagiaan sokmo... (xmo cedih2)

2) Nak baiki pointer lps.. (trok sgt scorenyeww...huhuhu)

3) Nak kurus.. eheheh (da mok sgt nih..huhuhuh)

3) Ditemukan soulmate.. (huahaha~~malu jek..=p)

5) Baya PTPTN sekaligus..(HAHAHAHa!! Gile ..mne nk korek duit??)

nuff

My Best Day

Daisypath Graduation tickers

We are Together

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
We met it was Luck! We talked it was CHANCE! We became friends it was DESTINY! We are still friends it is FAITH! We will always be friends its a PROMISE!

PERHATIAN

Ini adalah laman web peribadi. Semua kandungan adalah benar-benar kepunyaan pemilik kecuali dinyatakan sumbernya. Mana-mana idea-idea dan isu-isu adalah berdasarkan kepada pandangan peribadi pemilik. Terima Kasih