.. Bismillahirrahmanirrahim ..
.. assalamualaikum ..
.. tetiba rasa nak buat entry pasal coklat nie ..
.. bukan hapa, tgk menikmati coklat kan ..
.. so, timbullah hajat nk mengepost entry nie ..
.. coklat nie, sedap gak kalu kadang2 makan kan ..
.. memang org kata, betol2 nikmati lah ..
.. dgn dia melt kat jari tuh ..
..uiii, nikmat2 ..
.. haku rasa lah kan, mesti ada kat luar sana tue yg addict sgt lah dgn coklat ..
.. mesti ada apa yg tak boley nak tinggal langsung inchik coklat nie hapa ..
.. walaupon utk sesaat cuma ..
(wah wah wah, bunyi macam parah ja hah)
Jenis-jenis Coklat
Berikut adalah jenis-jenis coklat yang berada di pasaran, disusun berdasarkan turutan kandungan pepejal koko.
White Chocolate – Mengandungi mentega koko (dan bukan pepejal koko), gula, susu, emulsifier, vanila dan perasa. Berwarna pucat keputihan.
Milk Chocolate – Mengandungi kira-kira 10-20% pepejal koko (campuran koko dan mentega koko) dan lebih daripada 12% pepejal susu. Rasanya lebih manis.
Dark Chocolate – Mengandungi kandungan pepejal koko yang lebih tinggi, dan sedikit (atau tiada langsung) susu, iaitu kurang daripada 12% pepejal susu.
Sweet Dark Chocolate – Mengandungi kira-kira 35-45% pepejal koko.
Semi-sweet Chocolate – Mengandungi 40-62% pepejal koko, dan boleh digunakan sebagai chocolate masakan (kuih, biskut, kek).
Bittersweet Chocolate – ‘Sweetened chocolate‘ berwarna gelap, megandungi sekurang-kurangnya 35% pepejal koko (yang berkualiti tinggi selalunya di antara 60% to 85%, bergantung kepada jenama) dan sering digunakan sebagai chocolate masakan kerana ketulenannya.
Kebaikan dan Keburukan
- Kajian oleh Holland’s National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung. Antioxidants juga mencegah proses penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals [Fakta: 100mg teh mengandungi 13.9 milligrams catechins; 100mg 'dark chocolate' mengandungi 53.5 milligrams of catechins].
- Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.
- Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.
- Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
- Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) – pernah dengar “makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah“?
- Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
- Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
- Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.
Namun, coklat juga ada keburukannya..
- Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
- Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
- Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
- Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.
~MOMENTS TO TREASURE~
0 comment received: