.. assalamualaikum ..
.. hari nie hati sgt gumbira ..
.. syiok dpt blk ghumah ..
.. spent tyme with family loh ..
.. then lepak2 baca satu majalah nie ..
.. then this the nice topic 1 post okey ..
.. t'tari sbenarnya ngn topic nih ..
.. wah, mcm dlm mood nk kawen lak kn ..
.. hahaha, hangau ckit mggu nih ..
.. tolong la carik kn ..
..kuang kuang kuang ..
.. so, layan kn ja lah la artikel kt bawah nih ..
v(^_^)v
*****
1. Berkahwin menjadikan anda lelaki yang sempurna
Berkahwin bermakna anda sudah menyempurnakan sebahagian sunnah Rasulullah. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah “Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.”
Tahukah anda, bila berkahwin, anda kelihatan begitu sempurna di mata ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Apatah lagi jika anda memiliki isteri yang mampu menguji kematangan anda sebagai suami. Berbanggalah jika anda sudah bersedia untuk menjadi seorang suami.
2. Anda lebih bahagia
Satu kajian di sebuah universiti di Australia mendapati, lelaki yang berkahwin lebih bahagia dari mereka yang hidup membujang. Tahukah anda, kegembiraan itu mencakupi 135 peratus rasa bahagia dalam diri berbanding mereka yang hidup seorang diri.
Berkahwin juga bermakna juga ada yang menjaga makan minum anda, urusan rumah tangga lebih teratur dan sebagainya. Lebih penting, ada orang yang menyayangi anda seumur hidupnya bila anda juga menyayanginya sepenuh hati.
3. Hubungan seksual lebih sempurna
Tahukah anda, dengan berkahwin, aktiviti seks anda akan lebih teratur. Anda boleh bercanda dengan isteri tanpa rasa takut. Malah dengan melakukan hubungan seksual, anda juga akan lebih tenang serta rasa cinta yang begitu mendalam kepada pasangan.
4. Perkahwinan bermakna lebih hubungan seks
Satu kajian dari Institute Kinsey mendapati lelaki berkahwin melakukan hubungan seks bersama pasangan jauh lebih tinggi. Ini bermakna apabila berkahwin, anda lebih bahagia dan keinginan untuk bersama lebih memuncak berbanding mereka yang hidup membujang.
5. Kewangan lebih stabil
Jangan takut untuk mendirikan rumah tangga semata-mata bimbang duit tidak mencukupi. Jika ini pendapat anda, ia nyata salah kerana salah satu sebab perkahwinan adalah perkongsian dalam kehidupan.
Perkongsian bermakna, bukan hanya duit anda saja yang keluar untuk membeli barang keperluan rumah atau sebagainya sebaliknya pasangan juga akan membantu. Kalau semasa bujang anda takut untuk membeli rumah yang mungkin mahal harganya tetapi insya-Allah melalui rezeki yang ada pada pasangan, kewangan anda lebih stabil.
6. Punya daya tarikan
Jangan kata apabila anda telah berkahwin, saham anda akan jatuh. Tulisan dari penulis terkenal, Justin Prugh dalam bukunya Why Do Single Women Like Taken Men mengatakan, lelaki berkahwin mempunyai satu daya tarikan yang tersendiri.
Anda punya skil berkomunikasi yang baik dengan wanita dan ini membuatkan wanita bujang lebih senang mendekati. Tak percaya, cuba keluar bersama rakan-rakan bujang di tempat yang anda sukai.
Sudah tentu anda akan menjadi tumpuan rakan wanita yang hadir di situ. Sekali pun punya daya tarikan tetapi jangan sesekali menyalah gunakan untuk tujuan seksual kerana ia salah di sisi agama dan boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga. Belajarlah mendekati wanita, bila berkahwin, anda akan tahu segala-galanya tentang makhluk Allah yang satu ini.
7. Berkahwin membentuk keluarga bahagia
Mungkin anda masih tidak nampak sebab-sebab mengapa anda harus berkahwin. Tahukah anda, bila anda berkahwin, bermakna anda menyambung legasi keturunan sendiri. Tiada orang yang boleh hidup bersendiri dan anda juga begitu. Tidak guna ada wang yang banyak atau pekerjaan yang baik sekiranya bila anda sudah tua, tiada siapa yang mahu menggunakannya kerana anda tiada zuriat. Berkahwinlah dan anda akan bahagia bila melihat anak-anak membesar di depan mata.
8. Kesihatan lebih terjaga
Ada di kalangan anda yang begitu mementingkan soal bentuk badan. Ditambah dengan mitos yang mengatakan perut akan menjadi boroi selepas berkahwin tetapi jika anda pandai menjaganya, anda masih mampu kelihatan segak. Cuba bayangkan, dalam usia 60 tahun, adakah anda masih segak dengan dada yang bidang? Fikir-fikirkanlah.
9. Berkongsi segala-galanya
Berkahwin bermakna anda berkongsi segala-galanya dengan pasangan, baik susah dan senang. Anda boleh bercerita kisah sedih, suka dan duka dan semua ini menjadikan kehidupan anda jauh lebih baik dari hidup sendirian. Berkahwin juga bermakna kehidupan anda jauh lebih sempurna. Kehidupan berumah tangga yang bahagia, kereta yang bagus untuk kegunaan keluarga, serta mampu merancang percutian yang menarik dan sebagainya.
10. Rahsia umur lebih panjang
Satu kajian di kalangan 2006 penuntut University Of California mendapati, lelaki bujang lebih cepat mati dengan pelbagai penyakit khususnya serangan jantung, kemalangan dan sebagainya berbanding dengan mereka yang berkahwin kurang terdedah kepada risiko tersebut.
0 comment received: