.. assalamualaikum ..
.. akue kembali lagi ..
.. kali nie nak story pasal 1 function yg akue attend tempoh hari ..
.. MATRA BUANA 2 ..
(hah nie yg kedua setelah yg pertama masa akue 1st year)
.. nie acara kebudayaan ..
.. matlamat dia, nak naikkan balik kebudayaan yg dah jauh dilupakan ..
.. ia akan diangkat ke peringkat kebangsaan lps nie ..
.. bagus kan ..
*****
.. urmmm, byk jugak la tarian and persembahan mlm tue ..
.. matra buana nie 2 hari ..
.. dua2 hari akue pegi ..
.. dari dok saja dlm bilik, baik akue enjoy dgn persembahan camnie ..
.. antara persembahan yg ada mlm tue ..
✿ Awang Batil
(Seseorang pencerita digelar Awang Batil kerana semasa mempersembahkan ceritanya, dipukulnya sebuah batil berdeting-deting bunyinya. Irama pukulan batil itu sebagai muzik latar ketika bercerita...asalnya dari Perlis...best jgk story yg pak cik nie bawak...walaupon ada p'kataan yg akue tak faham...dialek perlis...tajuk crita dia, AWANG DAN KAMBING BERAK EMAS)
✿ Alu Bunyi
(dari Perlis..Alu Bunyi nie persembahan kesenian yang kedua tertua kat Negeri Perlis. Kesenian ini muncul di kalangan petani yang mengerjakan sawah. diorang kreatif cipta hiburan dengan menggunakan alatan dalam kehidupan seharian-harian. Lesung dan alu yang digunakan untuk menumbuk padi dijadikan alat muzik yang mengeluarkan bunyi dan irama tersendiri. )
✿ Hadarah
(Permainan hadrah ini, dikatakan berasal daripada permainan orang yang sesat di dalam hutan yang menyanyi supaya suaranya didengar orang. Alat muzik yang mengiringi permainan hadrah ialah gendang, gong dan biola. Pakaian pemain-pemain hadrah adalah pakaian Melayu bagi lelaki dan baju kebaya, baju kurung, bandung pesak dan berselendang bagi perempuan. Pada masa dahulu, Hadrah berfungsi sebagai acara ritual dan keagamaan. Kini hadrah berfungsi sebagai hiburan lebih daripada fungsi-fungsi yang lain.)
✿ Wayang Kulit ASUN
(nie part yg akue paling suka...lawak weh...wayang kulit nie dari kedah..hah jgn igt klate ja ada wayang kulit yarr)
✿ Dikir Barat
(persembahan negeri Klate yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang....persembahan hari kedua yg akue tunggu2..suka tgk diorang tepuk2 tue...sama jah...kalu nak kata dialek, usah ditanya lar...ntah brapa percent ja akue faham hah)
✿ Tarian Joghee
(hah nie salah satu tarian yg kian org lupa..Tarian ini menggabungkan unsur budaya masyarakat Arab – Parsi dan India...chumel tgk budak2 tue nari)
✿ Boria
(Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara, terutama Penang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi.....hah tarian yg sinonim dgn Penang..sapa tak kenai kan..colorful sungguh adik2 nie)
0 comment received: